Gempa Bumi 5.7 Magnitud Gegar Tanzania 13 Maut Lebih 200 Cedera


DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 13 maut dan kira-kira 203 orang cedera apabila gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkandi barat laut Tanzania pada Sabtu, lapor media antarabangsa.

"Angka kematian melonjak dari 11 orang kepada 13 manakala angka kecederaan meningkat kepada 203 orang," kata Pesuruhjaya Daerah Bukoba, Deodatus Kinawilo, pekan paling dekat dengan pusat gempa.

“Ketika ini, keadaan masih tenang dan terkawal dan beberapa mangsa sudah dibenarkan keluar dari hospital.

“Kami berharap tidak ada lagi mangsa kecederaan dan usaha menyelamatkan masih lagi dijalankan,” kata Kinawilo seperti dipetik dari portal AFP.

Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa yang berlaku sekitar 12.27 tengah hari waktu tempatan itu berpusat kira-kira 25 kilometer ke timur bandar barat laut Nsunga berhampiran sempadan Tasik Victoria.

Gempa bumi itu turut dirasa di beberapa negara jiran seperti Rwanda,Burundi, Uganda dan Kenya.
"Dinding rumah saya bergegar, bersama peti sejuk dan almari," kata wakil AFP di Kampala, ibu negara Uganda.

No comments:

Powered by Blogger.