Felixia Yeap Bekas Model Playboy Mengakui Tenang Lepas Berhijab


Bekas model sensasi, Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Yeap, 30, mengakui pengorbanannya berhijrah sebagai seorang muslim membawa satu fasa bahagia dalam hidupnya.

Memetik laporan Kosmo! pelakon drama bersiri Nikah Kita Bercinta dan Sarafina itu berkata, dia kini lebih tenang dengan berhijab.

"Apabila saya membuat keputusan untuk berhijrah dua tahun lalu dan mendapat restu daripada keluarga sendiri, kehidupan saya tenang, sederhana dan ringkas.

"Saya bersyukur, saya seolah seperti dilahirkan semula. Saya juga kurang rasa negatif dan berfikiran sempit seperti dahulu," katanya.

Pun begitu, bekas model Playboy Malaysia ini berkata, dia juga tidak lari daripada menerima tohmahan masyarakat selepas berhijrah.

No comments:

Powered by Blogger.