Empat Perompak Ditembak Mati Oleh Pihak Polis


IPOH: Empat lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis apabila mereka cuba mengelak daripada ditangkap di Jalan Ampang Baru, yang terletak beberapa meter dari Balai Polis Tambun di sini malam Khamis.

Empat yang ditembak itu dipercayai suspek rompakan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada pukul 10.30 malam.

Forensik polis dilihat menyiasat tempat kejadian sehingga lewat malam dan taklimat media mengenai kejadian itu dijangka diadakan pada Jumaat.

No comments:

Powered by Blogger.