Chris Brown Ditahan Polis Kerana Cuba Menyerang Guna Pistol


Chris Brown buat hal lagi. Beberapa hari lalu, penyanyi yang popular dengan lagu With You ini ditahan polis selepas di dakwa menyerang seorang wanita dengan senjata api.

Baylee Curran yang merupakan bekas ratu cantik, menuduh Chris mengancamnya dengan pistol ketika dia menghabiskan waktu dengan beberapa temannya di kediaman penyanyi itu di Tarzana, California.

Saat itu, wanita berusia 24 tahun itu berada di bahagian dapur sambil melihat-lihat perhiasan yang dipamerkan oleh seorang pakar perhiasan.

Tiba-tiba, salah seorang teman Chris berteriak kepadanya, "Keluar! Jangan sentuh perhiasan-perhiasan itu!"

Keadaan bertukar menjadi kecoh dan sejurus itu Brown muncul dan terus mengacukan pistol ke arahnya.

"Chris menjerit ke arah saya, "Keluar! Aku kan sudah beritahu!'

Dia mengancamku dengan pistol seolah-olah mahu menembak saya jik saya tidak beredar dari situ," ujar Baylee seperti yang dilaporkan E! Online.

Tak lama kemudian, pihak polis tiba di kediaman Brown selepas mendapat aduan daripada Baylee. Polis terus menahan penyanyi.

Menerusi laman sosial Instagramnya, ayah satu anak itu pun meluahkan rasa marahannya atas insiden tersebut.

"Saya adalah seorang ayah. Saya adalah salah seorang pemuzik terbaik tanpa harus menyombongkan diri dan menunjukkan siapa diri saya yang sebenarnya.

"Tapi, saya sudah penat dengan semua ini. Saya bangun tidur jam 6 pagi dan dituduh atas sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Bagaimana perasaanmu? Persetan dengan kepopularan ini!" tulisnya.

Terkini, Chris dilaporkan sudah dibebaskan namun beliau akan melalui proses perbicaraan di mahkamah pada 20 September ini.

No comments:

Powered by Blogger.