Cara Yang Paling Mudah Hilangkan Kutu Beras


Nasi merupakan makanan yang sememangnya amat diperlukan oleh setiap orang. Tetapi tahukah anda apabila beras yang disimpan dengan cara yang tidak betul, salah atau sudah terlalu lama ianya  bukan sahaja boleh meninggalkan bau hapak, juga boleh diserang kutu beras.

Untuk menghilangkan kutu beras satu per satu bukannya mudah serta ianyaa amat memerlukan kesabaran. Kadang kala masih ada lagi kutu beras yang tersembunyi di sebalik beras tersebut sehingga ketika hendak dimasak dan semasa makan, kita masih lagi akan menemui beberapa ekor kutu tersebut di antara nasi.

Silap haribulan, jalan paling mudah yang mungkin akan kita lakukan adalah dengan membuang beras yang berkutu itu dan membeli beras yang baru. Akan tetapi, jikalau selalu sangat anda berbuat sedemikian dah ianya akan jadi satu pembaziran pula. Jadi untuk elakkan masalah ini, kongsikan Cara Berkesan Hilangkan Kutu Beras.

Caranya adalah:

1. Gunakan Cili Kering

Gunakan cili kering. Caranya; masukan dua atau tiga biji cili kering ke dalam tempat penyimpanan beras anda. Bau yang menyengat daripada cili kering tersebut akan mengusir kutu. Jangan dilupa untuk menutup tempat penyimpanan beras itu dengan rapat dan simpalah  di tempat yang kering dan sejuk. ‘Confirm’ kutu beras tidak berani datang lagi.

2. Gunakanlah Daun Asam Jawa

Caranya; masukkan dua hingga tiga helai daun asam Jawa yang telah dibersihkan serta dikeringkan ke dalam tempat penyimpanan beras nada. Sesekali anda bukalah tempat penyimpan beras tersebut agar udaranya tidak lama terperangkap dan beras tidak akan berbau hapak.

3. Gunakan Daun Belimbing Buluh

Caranya; simpanlah beras anda dengan dua atau tiga helai daun belimbing buluh yang sudah dibersih serta dikeringkan. Ini kerana daun belimbing buluh terbukti efektif untuk menghapuskan dan menghilangkan kutu beras.

4. Gunakan Daun Limau Purut

Caranya; ambil setiap 10 kg beras dan campurkan dengan dengan 50g daun limau purut yang sudah ditumbuk. Oleh itu  beras anda akan bebas daripada bau hapak.

5. Gunakan Bawang Putih

Anda juga boleh menggunakan bawang putih untuk mengusirnya dn menghilangkannya kerana kutu beras tidak langsung menyukai aroma khas bawang putih yang menyengat itu. Caranya; masukkan bawang putih yang telah dikupas pada beras yang anda simpan. Tetapi cara ini agak berisiko juga akan merosakkan beras, ini kerana kandungan air daripada bawang putih tersebut boleh membuatkan beras anda menjadi lembab dan mungkin berkulat jika disimpandengan terlalu lama. Oleh yang demikian , sebaiknya, anda taburkanlah bawang putih yang sudah dihiris itu ke dalam beras yang sudah anda letakkan di dalam talam atau bekas.

6. Gunakan Kulit Kayu Manis

Selain ianya amat bermanfaat menghalau semut, ternyata kulit kayu manis juga boleh mengusir atau menghilangkan kutu beras. Caranya; masukkan sedikit kulit kayu manis ke dalam manis di tempat penyimpanan beras anda. Aroma khas daripada kulit kayu manis itu akan membuatkan kutu-kutu tersebut berasa tidak selesa.

7. Jemurkan Di Tempat yang Panas

Caranya; masukkan beras ke dalam bekas yang boleh meninggalkan kesan panas seperti ‘stainless’. Kemudian anda jemurkan di tempat yang panas, lebih kurang 20 minit. Tutup beras tersebut dengan sehelai kain putih.

Panas yang ditinggalkan oleh ‘stainless’ itu akan membuatkan kutu beras tersebut kepanasan dan mula akan mencari-cari  tempat yang sejuk sehingga ia akan melekat pada kain tersebut. Anda akan dapat lihat kutu-kutu beras itu mula melekat pada kain, kemudian bolehlah dibuang kutu-kutu itu.
haaa itulah cara berkesan untuk hilangkan kutu beras.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

No comments:

Powered by Blogger.