Brad Pitt Disiasat Oleh Polis Kes Dituduh Dera Anak


Brad Pitt kini sedang disiasat selepas dikatakan mendera secara lisan dan fizikal ke atas anak-anaknya, menurut pelbagai laporan awal hari ini.

Aktor itu yang mana isterinya Angelina Jolie memfailkan perceraian Isnin lalu, kini disiasat Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) dan Jabatan Kanak-kanak dan Perkhidmatan Keluarga Daerah Los Angeles susulan satu insiden dalam jet peribadi mereka, menurut laman hiburan TMZ.

Kedua-dua agensi itu bagaimanapun belum mengesahkan tuduhan atau siasatan terbabit kepada akhbar USA Today. Cubaan untuk menghubungi wakil Pitt di sini gagal.

Sementara itu, laman hiburan People.com melaporkan, Pitt dituduh mendera secara lisan seorang anak pasangan itu serta melakukan kekasaran fizikal.

Majalah People dan TMZ kedua-duanya berkata, Jolie dan beberapa anak lain pasangan itu berada dalam penerbangan sama ketika kejadian. Pitt dan Jolie memiliki enam anak, Maddox, 15, Pax, 12, Zahara, 11, Shiloh, 10, dan pasangan kembar Vivienne dan Knox, 8.

Menurut TMZ, Pitt mempertikaikan tuduhan itu dan LAPD sedang meneliti kes itu kerana ia adalah satu pemeriksaan rutin apabila sesiapa melaporkan isu penderaan kanak-kanak.

No comments:

Powered by Blogger.