Azrel Ismail Akui Sedang Hangat Bercinta Dengan Ruhainies


Ternyata ramalan netizen benar belaka apabila Azrel Ismail mengakui bahawa dia sedang dilamun cinta dengan aktres cantik Ruhainies. Wah! padan sajalah Kakigosip perasan dilaman sosial masing-masing selalu berkongsi gambar bersama.

Menariknya, Kakigosip difahamkan, meskipun masing-masing belum memikirkan soal berumah tangga, bagaimanapun hubungan mereka mendapat restu daripada kedua belah pihak keluarga.

Ha macam inilah namanya hero, berani tampil mengakui kisah cinta. Kalau tak nanti dikebas orang pula ya tak? Memang pandai Azrel memilih calon isteri, kecil dan comel.

Ditanya pula mengenai status untuk melangsungkan pertunangan, jawapnya;

"Saya tidak ada komen, saya mahu berikan sepenuh tumpuan kepada karier terlebih dulu," jelasnya ringkas.

Malah rata-rata peminat di laman sosial mereka turut memberikan komen yang postif setiap kali gambar mereka bersama dimuat naik.

No comments:

Powered by Blogger.