Ariana Grande Mengaku Hangat Bercinta Dengan Mac Miller


PENYANYI Ariana Grande bukan sahaja tampil dengan gaya baharu, malah dia turut mendedahkan kini sedang bercinta dengan penyanyi rap Mac Miller.

Seperti dipetik Female First, Ariana mengakui dia kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki tersebut.

Beliau membuat pendedahan itu dalam sebuah wawancara Ellen DeGeneres, baru-baru ini.

"Ya tuhan, saya benar-benar tidak percaya ditanya tentang soal cinta pada sesi wawancara secara langsung ini. Apa yang boleh saya katakan iya benar sedang bercinta dengan lelaki itu," ujarnya menjawab soalan Ellen.

No comments:

Powered by Blogger.