Amy Search Mengucapkan Tahniah Menerusi Akaun Instagramnya


Amy Search melahirkan rasa bangga apabila anaknya Nabila Huda telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia, Sabtu lalu.

Amy mengucapkan tahniah menerusi akaun Instagramnya.

"Tahniah! untuk anak papa akirnya cita-cita mu tercapai, alhamdulillah," ucapnya ringkas yang kini berada di luar negara.

Nabila menewaskan tiga lagi bintang hebat iaitu Lisa Surihani, Maya Karin dan Nadiya Nisaa pada malam tersebut.

Jelas Nabila yang lebih mesra dengan panggilan Abil, dia tidak menjangkakan kemenangan akan berpihak kepadanya kerana menyedari persaingan lain juga hebat.

"Alhamdulillah dan syukur dengan kemenangan ini namun masih terkejut kerana tidak menyangka saya akan menang bagi kategori itu. Sejujurnya saya sangka bahawa Maya Karin yang akan merangkul bagi gelaran Pelakon Wanita Terbaik sebab dia lebih berpengalaman," katanya.

Ditanya mengenai kadar bayaran pula, adakah lebih tinggi setelah mendapat anugerah? Ini jawap Abil.

"Fasal kadar bayaran saya pula, siapa yang pernah bekerja dengan saya mereka lebih tahu siapa saya. Saya tidak pernah menaikkan nilai harga saya untuk sesebuah lakonan.

"Ini kerana saya percaya pada kekuatan setiap skrip itu sendiri. Malah sudah puas terokai pelbagai genre watak. Apatah lagi membawa watak berat, semua orang sedia maklum saya selalu dapat watak macam itu. Jadi tak perlu 'demand'," terangnya.

No comments:

Powered by Blogger.