Academy Awards Memilih Jackie Chan Menerima Trofi Kehormat Oscar


Academy Awards telah memilih bintang lagenda Hong Kong, Jackie Chan untuk menerima trofi kerhormat Oscar, 'Governors Awards' 2016.

Trofi tersebut bakal diterimanya pada malam gala anugerah berprestij dunia itu yang akan berlangsung di Los Angeles pada November depan.

Melalui filem-filem yang pernah dibintangi beliau, antaranya 'Rush Hour', 'Karate Kid', juga 'Spy Next Door', aktor berusia 62 tahun ini juga cukup sinonim dengan aksi stunt, lagak ngeri juga kemahiran seni mempertahankan diri yang dilakukannya sendiri.

"Oscar berbangga memberikan penghargaan ini bagi pencapaian luar biasa yang telah dilakukan di industri ini. Mereka menjadi pelopor sekaligus legenda," ujar Presiden Academy Awards, Cheryl Boone Isaacs.

Sementara itu, Chan, menerusi akaun media sosial Facebook miliknya mengungkap kegembiraan sekaligus rasa terkejutnya dengan pengiktirafan itu.

"Dari hati yang paling dalam, saya berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan. Berbagai pencapaian yang telah saya terima dan ini menjadi salah satu anugerah yang bermakna dan saya bangga menjadi aktor China pertama yang menerimanya," kata Chan.

Memulakan karier lakonan sejak seawal usianya 8 tahun lagi, baru-baru ini Chan disenaraikan ole majalah Forbes sebagai pelakon kedua yang meraih bayaran tertinggi di dunia iaitu sebanyak USD61 juta sepanjang tahun 2016.

Selain Chan, ada empat lagi tokoh lain yang juga dianugerahkan penghargaan tersebut.

Governors Awards turut diberikan kepada editor filem Inggeris, Anne V Coates yang telah berkarier selama 60 tahun. Antaranya seperti filem 'The Elephant Man ' (1980), 'Unfaithful' (2001), juga 'Fifty Shades of Grey' (2015).

Sementara dua lagi tokoh ialah pengarah Lynn Stalmaster dan pembikin filem dokumentari, Frederick Wiseman.

No comments:

Powered by Blogger.