40 Orang Rakyat Malaysia Disyaki Dijangkiti Virus Zika


Lebih 40 orang rakyat Malaysia di negara ini disyaki dijangkiti virus Zika, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.   

Katanya kementeriannya kini sedang menunggu laporan penuh daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk mengesahkan sama ada suspek positif Zika atau sebaliknya.   

IMR mempunyai standard tertentu untuk mengendalikan pengesahan ujian darah, kata Dr Subramaniam, yang juga presiden MIC, kepada pemberita selepas merasmikan galeri 70 tahun penubuhan MIC, di sini hari ini.

Setakat ini, terdapat empat kes didapati positif virus Zika di negara ini dengan kes terbaru melibatkan seorang suami kepada wanita hamil dari Taman Desa Harmoni, Johor Bahru yang mengalami gelaja ruam pada 2 Sept lepas.

Isterinya, yang sedang hamil tiga atau empat bulan, disahkan positif virus Zika pada 7 September lepas selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Johor apabila mengalami gelaja ruam, sakit badan dan deman.

Seorang wanita berusia 58 tahun dari Klang, Selangor menjadi kes pertama jangkitan kes tersebut diikuti kes dua melibatkan seorang lelaki di Sabah.

No comments:

Powered by Blogger.